Kurniaan Mesin Inkubator, Defibrillator dan Powered Air Purifying Respirator kepada Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang
DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor merangkap Pengerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) telah berkenan untuk mengurniakan mesin inkubator, defibrillator dan juga 8 unit powered air purifying respirator kepada Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom yang merupakan hospital Covid 19 di negeri Johor.
Sesi penyerahan mesin perubatan tersebut telah diadakan pada hari Khamis, 18 Mac 2021 bertempat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Encik Hishamuddin bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ telah hadir untuk menyerahkan mesin perubatan tersebut kepada Dr Mohamad Nizam bin Subahir, Pengarah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom dan disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor.
Semoga kurniaan mesin perubatan daripada DYMM Permaisuri Johor ini dapat membantu pihak Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di dalam usaha mereka untuk merawat pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan dan memerangi pandemik Covid 19 demi kesejahteraan bersama.